Bila Kod Bertemu Realiti: Kenapa Saya Bina Phos untuk Tadika

Ramai orang tanya saya, "Hafizal, kau dah hampir 20 tahun dalam dunia IT, kenapa sekarang sibuk nak buat sistem tadika?"
Jawapan pendek saya senang saja: sebab saya nampak sendiri macam mana bisnes tadika boleh buat orang pening kepala kalau tak ada sistem yang betul.
Isteri saya memiliki dua cawangan tadika, Ideal Moralis Preschool. Jadi setiap hari saya bukan setakat dengar cerita pasal budak-budak, tapi saya dengar pasal cash flow, pasal claim staff yang bersepah, dan paling pedih bila enrollment jatuh.
Dari Coding ke Cash Flow
Sebagai seorang techy dan CEO SAFR+ Technology, hidup saya biasanya berkisar pasal logic, stack React Native, atau database Supabase. Tapi bila balik rumah, saya kena hadap realiti bisnes tadika yang sangat manual.
Banyak benda yang sebenarnya boleh selesai dengan automation tapi masih lagi dibuat guna kertas dan WhatsApp. Masa itulah saya sedar yang pengusaha tadika sebenarnya perlukan satu Operating System, bukan sekadar aplikasi hantar gambar anak-anak semata-mata.
Kenapa Phos Lahir daripada Kesakitan
Phos (K-OS) bukan dibina atas dasar nak ikut trend AI atau saja-saja nak buat SaaS. Dia lahir sebab saya nampak pain point yang real:
- Financial Stress: Bila rekod yuran bersepah, kita tak tahu siapa bayar dan siapa belum. Ini punca cash flow sesak.
- Operational Overhead: Staff habiskan banyak masa buat admin kerja daripada fokus pada anak-anak.
- Communication Gap: Mak ayah nak tahu perkembangan anak secara real-time, bukan tunggu hujung minggu baru nak dapat update.
Sebab itu saya pivot daripada projek asal kami yang berasaskan pengurusan travel agent kepada Phos. Saya nak bawa disiplin teknologi yang saya belajar selama dua dekad ke dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Menuju 2027 dan Seterusnya
Dengan perubahan silibus tahun 2027 yang akan datang, cabaran untuk tadika akan jadi lagi besar. Kita tak boleh lagi duduk dalam takuk lama. Teknologi bukan lagi pilihan, tapi keperluan untuk survive.
Saya bukan sekadar nak jual software. Saya nak kongsi pengalaman saya sebagai suami kepada pengusaha tadika dan sebagai seorang engineer yang percaya teknologi boleh mudahkan hidup kita.
Kita bina komuniti yang lebih sistematik, supaya kita boleh fokus pada apa yang paling penting: masa depan anak-anak kita.
